thanks for the visit :)

5.15.2012

Lambaian Cinta Firdaus - bab 4


Aishah menolong ibunya mengoreng cucur ubi manis. Baunya sudah semerbak membuat Aishah menelan liurnya berkali-kali. Pingangnya terasa mencucuk-cucuk. Sudah dua hari pingangnya sakit tetapi tidak dipedulikannya. Mungkin esok lusa baik lah tu. Digagahkannya juga untuk membuat kerja-kerja rumah. Ahh kepala ni lagi buat hal…
Manakala ibunya membancuh teh untuk mereka minum petang. Waktu-waktu petang beginilah dimanfaatkan untuk berkumpul sekeluarga kerana semua ahli keluarga ada di rumah.
“Dah siap goreng tu?” Tanya ibunya, Puan Suraya.
 Aishah melihat gorengannya. “Belum bu”
“Eh ini sahaja! kenapa lembab sangat! Mengoreng pun hendak ambil masa berjam-jam”
Sorry bu. Kepala ni rasa berat” beritahu Aishah. Hari ini dia rasa kurang sihat.
“Huh! Balik-balik sakit kepala. Kelmarin sakit kepala, hari ini sakit kepala, lepastu esok pun sakit kepala. Apa tidaknya terlampau ikutkan rasa hati tu, tak cergas!”
Aishah merenung wajah ibunya dengan sayu. Tak ingin sebenarnya dia menanggung sakit kepalanya ini tetapi apa boleh buat kalau sudah diberi penyakit tersebut. Cuma orang tak faham dengan penderitaannya. Kepalanya rasa bagai hendak pecah. Dahlah sakit kepala tak tahu nak baik, sekarang pinggangnya pula sakit.
“Adik! Adik! Tolong gantikan akak goreng ni”
“Adik! Adik!” namun adiknya belum juga kelihatan.
“Adik! Cepat keluar!” tiba-tiba api kemarahan Aishah menyala. Apa tidaknya dalam keadaanya yang menanggung kesakitan tiada seorang pun mahu memahaminya.
“Apa jerit-jerit ni. Hei pemalas betul!” marah ibunya.
“Ibu ni... Aishah betul-betul sakit kepala bu! Aishah tak minta sakit ni. Aishah tak kisah! Aishah nak berehat. Nak pecah rasa kepala ni. Adik! Adik!”
“Hei melawan!” Ibunya melayangkan tapak tangannya dekat dengan pipi Aishah. Aishah menutup matanya. Sedia untuk ditampar.
“Tamparlah bu” bisiknya dalam hati.
“Apa kak?” tanya adiknya, Airhah, dengan kasar dan berwajah murung.
“Tolong ganti akak goreng ni. Jangan tahu berkurung dalam bilik sahaja. Aku tampar muka kau karang” jawab Aishah dengan geram lalu meninggalkan adiknya.
“Ewah-ewah mengada-ngada nak menampar orang” Dia tidak mempedulikan kata-kata ibunya. Dia berlari ke biliknya dan melompat ke katil empuknya lalu menangis semahu-mahunya.
Matanya merenung tajam pasu kaca berisi dua tangkai bunga ros pemberian Syafiq kepadanya lalu digapainya pasu tersebut dan dilontarnya. Fikirannya terganggu.
“Apa salah Aishah?” dia merintih dalam tangisannya. Kepalanya yang sedia sakit bertambah sakit lagi kerana air mata yang banyak keluar membasahi wajah manisnya. Tapi sayang wajah manis itu tidak semanis yang sewajarnya. Wajah manis itu penuh duka dan kesedihan.
“Ahh” Aishah kesakitan lalu memegang pingang kanannya apabila ingin berpaling. Pingangnya bertambah sakit. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Tangisan sakit kepala, sakit pinggang dan sakit hati. Akhirnya dia terlena dengan tangisannya itu.
“Allah!” Aishah terjaga dari tidurnya tadi. Dia memicit kepalanya yang masih sakit. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Gelap. Digapainya telefon bimbit yang tidak jauh dari katilnya itu. 1.30 pagi.
Tubuhnya masih lagi dengan pakaiannya tadi petang. Dia tidak bercadang untuk mandi mahupun menukar pakaiannya. Dia malas untuk bangun. Dia rasa begitu lemah sekali.
“Bukan ada yang nak peluk aku pun kalau aku tak mandi” sempat dia bergurau sendiri.
***
“Bangun! Bangun! Matahari dah terpacak atas kepala tu!” laung Puan Suraya sambil membuka tingkap bilik Aishah. Cahaya matahari masuk menembusi bilik dan menganggu tidur Aishah yang lena.
Aishah masih lagi mengantuk dan tidak cepat-cepat bangun kerana batu yang besar ditanggungnya di kepala membataskan pengerakannya. Tiada perubahan. Dia sendiri tidak tahu apakah penyakitnya sebenarnya.
“Bila lagi nak bangun? Anak dara tak baik bangun akhir…rezeki tak masuk!” suara ibunya sudah meninggi. Dengan langkah malas dia bangun dan mengambil tualanya lalu masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri dengan berharap sakit kepalanya akan hilang selepas disiram dengan air sejuk.
Selesai mandi dan berpakaian, dia keluar kebilik tamu. Dia duduk tidak jauh dari ayahnya.
“Ayah tak kerja?”
“Tak. Ayah cuti. Mengapa wajah nampak pucat ni?”
“Aishah sakit kepala” jawabnya jujur.
“Dah makan Panadol?” Aishah hanya mengangguk.
“Ayah tengok sakit kepala Aishah ni macam tiap hari. Dah bawa jumpa doktor?”
Aishah tersenyum bahagia. Rupanya ada yang perihatin terhadap dirinya. “Belum. Esok lusa baik lah tu”
“Ya… sakit pemalas namanya tu” sampuk ibunya. 

Lambaian Cinta Firdaus - bab 3


Kedatangan Firdaus dan Doktor Leena disambut dingin oleh kedua-dua kakak Firdaus, iaitu Umairah dan Basirah. Umairah yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah kerajaan di daerah mereka memang tidak menyukai Doktor Leena kerana dia sudah muak dengan perangai Doktor Leena dari zaman persekolahan dahulu. Cuma adik lelakinya itu sahaja buta mata dan buta hati untuk menilai. Sikap kurang ajar Doktor Leena itu membuatkan dia membenci Doktor Leena. Tambahan lagi Doktor Leena pernah membuat ibu saudara mereka iaitu seorang cikgu tua di sekolah mereka sedih hingga menangis.
 Menurut ibu saudara mereka, Doktor Leena pernah melawan dan menuturkan kata-kata kesat dan kasar kepadanya hanya kerana tidak mahu membuat kerja sekolah. Sejak kejadiaan tersebut, ibu saudaranya melarang Doktor Leena untuk mengikuti sesi pengajarannya. Namun Doktor Leena tidak pernah endah dan mempedulinya. “Tidak ada sekelumit kah perasaan malu pada dirinya?” Umairah tertanya-tanya. Ketika itu Firdaus mengetahui apa yang dilakukan oleh Doktor Leena kepada ibu saudara mereka tetapi Firdaus masih berdegil untuk berkasih dengan perempuan kurang ajar itu.
Umairah berasa hairan, sebelumnya adik lelakinya itu menaruh hati kepada Nadia Lee, seorang gadis mu`alaf,  yang memang menjadi kegilaan ramai penuntut lelaki suatu ketika dahulu. Nadia Lee memang seorang yang cantik mungkin kerana darah cina yang mengalir pada dirinya itu. Dia mempunyai mata yang sepet, kulit putih melepak dan pemalu orangnya. Bahkan dia dapat melihat Nadia Lee memberi respon yang positif  kepada adiknya tetapi mengapa Doktor Leena yang adiknya pilih? Nadia Lee jauh lebih cantik daripada Doktor Leena.
Ada juga dia terdengar tanpa sengaja dari mulut penuntut-penuntut sekolahnya bahawa ayah Doktor Leena ini orang yang pandai berilmu hitam. Mungkinkah Doktor Leena juga mempunyai kepandaian akan ilmu tersebut sehingga mengguna-gunakan adiknya? Ahh… nasibnya sahaja baik kerana menjadi seorang doktor sekarang.
“Kak Mairah...kak Mairah apa yang kak fikirkan tu?”  tegur Basirah
“Mereka di mana?” kata Umairah selepas tersedar dari lamunannya.
“Kat bilik tamu”
Umairah terduduk di sofa dan memegang kepalanya yang terasa berdenyut.
“Kak kita nak buat macam mana ni?
“Akak pun tak tahu. Kalau kita nak halau perempuan tu sekarang tak sopan pula. Tak baik buat tetamu macam tu. Nanti Firdaus yang malu” Umairah bangkit semula dari duduknya. Dia kekiri dan kekanan tetapi fikirannya buntu.
“Perempuan macam tu tak payah nak jaga hati dia kak. Firdaus belum tahu siapa perempuan tu sebenarnya. Kalau mama tahu lagi mama tak suka”
“Jangan beritahu mama. Biar kita sahaja yang uruskan. Nanti mama kecewa”
Lima minit. Sepuluh minit. Setengah jam. Sejam. Firdaus dan Doktor Leena masih di bilik tamu. Dia dapat mendengar senda gurauan adiknya dengan kekasihnya. Pedih sungguh hatinya mendengar.
“Irah risaukan Firdaus” tutur Basirah.
“Kita tak dapat nak tegur Firdaus”
“Kakak tahu!” Umairah akhirnya menitiskan air mata.
Firdaus memimpin tangan kekasihnya keluar dari bilik tamu. Kedua pasangan itu berhenti di hadapan mereka berdua.
“Sayang pergi dulu” arah Firdaus sambil tersenyum manis.
Doktor Leena berlalu dan sempat menjeling sinis kepada Umairah dan Basirah. Manakala Firdaus tidak merasa apa-apa cacat cela dengan jelingan sinis tersebut terhadap kedua orang kakak kandungnya. Basirah membalas jelingan tersebut. Benci betul dia melihatnya. Mengada-ngada. Tak ada maruah langsung!
“Akak tak tahu nak layan tetamu?” perli Firdaus.
“Masya-Allah! Kau ni memang nak penampar Firdaus. Kau ni memang tidak berguna jadi doktor, tidak ada sifat sopan santun!” jerit Basirah.
“Tahu tak apa yang kau lakukan itu berdosa?” Basirah sudah mula membasuh otak Firdaus. Dia yang merupakan mahasiswi di dalam jurusan Syariah memang menitik berat batasan di dalam pergaulan dan tingkah laku.
Manakala Umairah yang berhati lembut berbanding Basirah sudah diam membisu. Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanya air mata yang mengalir sudah cukup memberitahu perasaannya ketika itu. Sedih. Kecewa.
“Kan akak dah beritahu berkali-kali jangan berkawan dengan dia. She is a playgirl. Tak ada sifat sopan santun. Firdaus lupa apa yang dia dah lakukan pada mak angah dulu?”
“Kak past is past. Everyone change
If change pada yang bagus tak apa. Tapi mata akak jadi saksi. Dia tu bukan perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Kalau dia bagus sangat kenapa keluar dari rumah ini tanpa mengucap salam?”
“Akak jangan nak perli Leena!” bantah Firdaus. Kasihan rasanya apabila semua orang memperburukkan kekasihnya itu.
“Ha ha ha pergilah kau bela kekasih kau tak sedar diri tu. Dibelakang kau dia keluar dengan orang lain kau masih nak simpan dia…ahhh esok-esok kamu nak buat apa buat lah tapi jangan harap aku hendak setuju kalau kamu berdua kahwin!” jerit Basirah geram. Biar Doktor Leena mendengarnya.
“Huh!” Firdaus mendengus lalu meninggalkan kedua kakaknya. Malas hendak menjawab, yang penting dia dan Doktor Leena bahagia.

Lambaian Cinta Firdaus - bab 2


Syafiq gelisah memikirkan cara untuk memikat si pujaan hati. Maklumlah ini adalah kali pertama dia ingin memetik bunga di taman larangan seumur hidupnya bergelar teruna. Kalau nak mengorat perempuan biasa-biasa tu alah petik jari pun sepuluh yang sampai. Bunga kali ini berbeza, sangat cantik dan mahal. Cantik paras rupanya dan mahal keperibadiaannya. Susah sekali hendak dibeli sahamnya oleh mana-mana teruna. Fikirannya berserabut. Sesekejap dia tersenyum sesekejap dia mendengus.
“Kalau dia tak terima aku bagaimana?” dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Belum cuba belum tahu” Tiba-tiba bagai ada kata-kata semangat meniup dalam dirinya.
Dengan langkah berani dia mendapati si pujaan hati.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam. Ada apa Syafiq?”
“Ta..k. tak ada apa-apa. Tadi Fiq tengok Aishah seorang-seorang tu yang nak tegur jadinya. Boleh Fiq duduk he he he” Syafiq tersengih.
“Boleh. Inikan bangku awam, hak milik kita semua”
‘Huh! Janganlah senyum kat aku macam tu Aishah. Jantung ni dah berdegup kencang ni. Takut pula jantung ni jatuh. Manisnya. Cantik lah pula kau hari ni.’
“Tak ada yang jemput kah? Maksud Syafiq boyfriend?”
“Bila masa aku ni ada boyfriend?”
“Betul tak ada?” Pertanyaan Syafiq hanya dijawab dengan gelenggan.
“Hm..sebenarnya..”
“Sebenarnya apa?”
“Syafiq sukakan Aishah. Sudikah Aishah jadi girlfriend Fiq?”
Aishah yang mendengarnya menjadi tak tentu rasa. Telefon bimbitnya jatuh berkecai. Nafasnya berubah rentak. “Adoi! Malunya. Nak jawab apa? Macam mimpi pun ada ni” Dia hanya tersenyum. Dia memang sudah lama menaruh hati pada Syafiq sebenarnya tetapi kerana prinsip dan harga dirinya dia hanya menaruhnya didalam hati. Perempuan tak boleh terhegeh-hegeh pada lelaki…Itu perigi mencari timba namanya.
“Senyum tu tanda setuju lah ye?” Syafiq memandang Aishah tanpa berkedip.
Aishah mengangguk dengan malu-malu. Senyuman Syafiq semakin lebar. “Rupanya tak susah pun nak pikat perempuan ni” bisiknya dalam hati.

Lambaian Cinta Firdaus - Bab 1


“Aishah! Kau memang anak tak berguna! Sial!”
Penghinaan tersebut bagai masih jelas kedengaran di corong telinga Aishah. “Mengapa aku dilontarkan dengan kata-kata kesat? Hina sangat kah diriku? Mengapa aku yang dihina? Mengapa aku tidak boleh merasa kebahagiaan? Kenapa? Kenapa?” Aishah menangis teresak-esak kerana tidak tahan dengan semua cobaan yang datang bertubi-tubi.
“Mengapa seorang ibu sanggup mengatakan anaknya begitu?” tanyanya pada diri sendiri.
“Apa aku ini tidak sama dengan orang lain? Aku juga manusia. Aku juga punya kekurangan. Aku tidak mampu selamanya memuaskan hati orang lain kerana aku tahu tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini. Tapi mengapa tiada seorang pun yang faham tentang itu apabila berhadapan dengan aku?”
Hatinya pilu, sedih, dan sebagainya entah dia sendiri pun tidak tahu hendak mentafsirkan perasaanya ketika itu sebagai apa. Hanya kerana dia terlepas gelas dari tangannya dan mengotorkan permaidani bilik tamu, dia disumpah sial oleh ibu kandungnya sendiri. “Besar sangatkah kesilapanku? Demi Allah aku tidak sengaja. Mana mungkin aku ingin mengotor rumahku sendiri. Mengapa aku dilayan seperti anak tiri sedangkan aku lahir dari rahim ibu yang sah. Aku punya bapa yang sah. Mengapa? Mengapa? Tiada yang dapat menjawab pertanyaanku”
“Aishah! Aishah” lamunanya terhenti apabila namanya dipanggil oleh seseorang.
“Eh Syuhada kau dari mana?”
“Dari kedai hujung tu. Kau melamun apa? Kahwin dengan anak raja kah?” usik Syuhada.
“Eh kau ni ke situ pula. Aku tengah fikir nak cari kerja”
“Kerja? Kita kan baru habis sekolah. Puas-puas dahulu berehat, kemudian sambung belajar kat uni”
Dia tersenyum mendengar kata-kata Syuhada. “Sorrylah kawan aku tipu kau. Aku bukan cari kerja betul-betul. Aku juga nak masuk universiti. Cuma ada atau tidak rezeki aku ini? Ahh…Mulalah kepala aku rasa nak pecah memikirkan nasib aku. Nak kata migraine mungkin juga tapi mungkin tidak. Aku pun tak tahu sebab aku tak ada ilmu perubatan, yang aku tahu mendefinisikannya hanya sebagai sakit kepala.
Nak kata hidup aku ni miskin tidak juga, cuma tidak mencukupi pembelanjaan untuk membeli telefon teramat canggih, baju dan kasut tinggi yang mahal. Tetapi itu bukan satu masaalh yang amat besar. Aku pasti semua orang mempunyai pasang surutnya dalam kehidupan sehari-hari. Hari ini mewah, esok lusa pula susah dan begitulah sebaliknya. Namanya kehidupan. Tapi banyak orang cakap aku seorang yang membawa sial. Selalu membawa malang. Betulkah? Mereka kata betul sebab banyak kali juga malang dan perkara buruk terjadi bila aku ada. Tapi bagi aku, bukan aku penyebabnya tetapi Allah ingin menduga. Entahlah….aku pun tak tahu nak cakap apa. Kekadang otak aku rasa tak betul, aku setuju dengan kata-kata mereka, memang aku pembawa malang, segala yang tak baik. Huh! tapi bila orang kata aku macam tu, hati ni sedih sangat. Air mata ni pula tak akan berhenti hendak mengalir. Hati ni sayu. Siapalah yang tidak terguris hati kalau dihina? Adakah yang boleh selamba lagi?” tuturnya di dalam hati.

Sinopsis Lambaian Cinta Firdaus


Aishah adalah seorang penuntut jururawat. Dia berjumpa dengan Doktor Firdaus tanpa senghaja ketika kekasihnya, Syafiq, mengelami kemalangan. Syafiq meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawatan di hospital. Sejak kejadian tersebut, Aishah dan Firdaus sering terjumpa dan terjadinya perkara yang tidak diingini pada diri Firdaus sehingga Firdaus berasa benci setiap kali ada Aishah kerana kehadiran Aishah sering mendatangkan ‘bala’ pada dirinya. Ketika Aishah menyandang gelaran sebagai seorang jururawat yang sah, sekali lagi dia diketemukan dengan Doktor Firdaus dan mereka bekerja di bumbung yang sama.
Suatu hari mereka telah diarahkan untuk mengikuti satu aktiviti hospital yang akhirnya menyebabkan mereka berdua menikah. Ketika itu, Doktor Firdaus mempunyai seorang kekasih bernama Doktor Leena.
Dalam tempoh awal perkahwinan Aishah dengan Doktor Firdaus terjadi banyak hal yang tidak diingini seperti terjadinya kekerasan di dalam rumah tangga. Dalam masa yang sama kakak Doktor Firdaus, Umairah dan Basirah tidak menyukai akan kehadiran Aishah di dalam keluarga mereka. Bagi mereka berdua Aishah sama sahaja seperti Doktor Leena, seorang yang buruk tingkah lakunya. Bahkan terjadi satu perkara yang tidak pernah Aishah dan Doktor Firdaus sangkakan iaitu mempunyai seorang anak bernama Farish. Farish hadir bukan kerana kasih dan cinta daripada orang tuanya. Namun kehadiran Farish sedikit sebanyak dapat merubahkan keadaan rumah tangga Aishah dan Doktor Firdaus.