thanks for the visit :)

5.15.2012

Lambaian Cinta Firdaus - bab 4


Aishah menolong ibunya mengoreng cucur ubi manis. Baunya sudah semerbak membuat Aishah menelan liurnya berkali-kali. Pingangnya terasa mencucuk-cucuk. Sudah dua hari pingangnya sakit tetapi tidak dipedulikannya. Mungkin esok lusa baik lah tu. Digagahkannya juga untuk membuat kerja-kerja rumah. Ahh kepala ni lagi buat hal…
Manakala ibunya membancuh teh untuk mereka minum petang. Waktu-waktu petang beginilah dimanfaatkan untuk berkumpul sekeluarga kerana semua ahli keluarga ada di rumah.
“Dah siap goreng tu?” Tanya ibunya, Puan Suraya.
 Aishah melihat gorengannya. “Belum bu”
“Eh ini sahaja! kenapa lembab sangat! Mengoreng pun hendak ambil masa berjam-jam”
Sorry bu. Kepala ni rasa berat” beritahu Aishah. Hari ini dia rasa kurang sihat.
“Huh! Balik-balik sakit kepala. Kelmarin sakit kepala, hari ini sakit kepala, lepastu esok pun sakit kepala. Apa tidaknya terlampau ikutkan rasa hati tu, tak cergas!”
Aishah merenung wajah ibunya dengan sayu. Tak ingin sebenarnya dia menanggung sakit kepalanya ini tetapi apa boleh buat kalau sudah diberi penyakit tersebut. Cuma orang tak faham dengan penderitaannya. Kepalanya rasa bagai hendak pecah. Dahlah sakit kepala tak tahu nak baik, sekarang pinggangnya pula sakit.
“Adik! Adik! Tolong gantikan akak goreng ni”
“Adik! Adik!” namun adiknya belum juga kelihatan.
“Adik! Cepat keluar!” tiba-tiba api kemarahan Aishah menyala. Apa tidaknya dalam keadaanya yang menanggung kesakitan tiada seorang pun mahu memahaminya.
“Apa jerit-jerit ni. Hei pemalas betul!” marah ibunya.
“Ibu ni... Aishah betul-betul sakit kepala bu! Aishah tak minta sakit ni. Aishah tak kisah! Aishah nak berehat. Nak pecah rasa kepala ni. Adik! Adik!”
“Hei melawan!” Ibunya melayangkan tapak tangannya dekat dengan pipi Aishah. Aishah menutup matanya. Sedia untuk ditampar.
“Tamparlah bu” bisiknya dalam hati.
“Apa kak?” tanya adiknya, Airhah, dengan kasar dan berwajah murung.
“Tolong ganti akak goreng ni. Jangan tahu berkurung dalam bilik sahaja. Aku tampar muka kau karang” jawab Aishah dengan geram lalu meninggalkan adiknya.
“Ewah-ewah mengada-ngada nak menampar orang” Dia tidak mempedulikan kata-kata ibunya. Dia berlari ke biliknya dan melompat ke katil empuknya lalu menangis semahu-mahunya.
Matanya merenung tajam pasu kaca berisi dua tangkai bunga ros pemberian Syafiq kepadanya lalu digapainya pasu tersebut dan dilontarnya. Fikirannya terganggu.
“Apa salah Aishah?” dia merintih dalam tangisannya. Kepalanya yang sedia sakit bertambah sakit lagi kerana air mata yang banyak keluar membasahi wajah manisnya. Tapi sayang wajah manis itu tidak semanis yang sewajarnya. Wajah manis itu penuh duka dan kesedihan.
“Ahh” Aishah kesakitan lalu memegang pingang kanannya apabila ingin berpaling. Pingangnya bertambah sakit. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Tangisan sakit kepala, sakit pinggang dan sakit hati. Akhirnya dia terlena dengan tangisannya itu.
“Allah!” Aishah terjaga dari tidurnya tadi. Dia memicit kepalanya yang masih sakit. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Gelap. Digapainya telefon bimbit yang tidak jauh dari katilnya itu. 1.30 pagi.
Tubuhnya masih lagi dengan pakaiannya tadi petang. Dia tidak bercadang untuk mandi mahupun menukar pakaiannya. Dia malas untuk bangun. Dia rasa begitu lemah sekali.
“Bukan ada yang nak peluk aku pun kalau aku tak mandi” sempat dia bergurau sendiri.
***
“Bangun! Bangun! Matahari dah terpacak atas kepala tu!” laung Puan Suraya sambil membuka tingkap bilik Aishah. Cahaya matahari masuk menembusi bilik dan menganggu tidur Aishah yang lena.
Aishah masih lagi mengantuk dan tidak cepat-cepat bangun kerana batu yang besar ditanggungnya di kepala membataskan pengerakannya. Tiada perubahan. Dia sendiri tidak tahu apakah penyakitnya sebenarnya.
“Bila lagi nak bangun? Anak dara tak baik bangun akhir…rezeki tak masuk!” suara ibunya sudah meninggi. Dengan langkah malas dia bangun dan mengambil tualanya lalu masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri dengan berharap sakit kepalanya akan hilang selepas disiram dengan air sejuk.
Selesai mandi dan berpakaian, dia keluar kebilik tamu. Dia duduk tidak jauh dari ayahnya.
“Ayah tak kerja?”
“Tak. Ayah cuti. Mengapa wajah nampak pucat ni?”
“Aishah sakit kepala” jawabnya jujur.
“Dah makan Panadol?” Aishah hanya mengangguk.
“Ayah tengok sakit kepala Aishah ni macam tiap hari. Dah bawa jumpa doktor?”
Aishah tersenyum bahagia. Rupanya ada yang perihatin terhadap dirinya. “Belum. Esok lusa baik lah tu”
“Ya… sakit pemalas namanya tu” sampuk ibunya. 

1 ulasan:

  1. Assalam. Maaf saya baru reply komen saudara di blog saya. Maaf lambat. TQ~

    BalasPadam