Aishah menolong ibunya mengoreng cucur ubi manis. Baunya sudah
semerbak membuat Aishah menelan liurnya berkali-kali. Pingangnya terasa
mencucuk-cucuk. Sudah dua hari pingangnya sakit tetapi tidak dipedulikannya.
Mungkin esok lusa baik lah tu. Digagahkannya juga untuk membuat kerja-kerja
rumah. Ahh kepala ni lagi buat hal…
Manakala ibunya membancuh teh untuk mereka minum petang.
Waktu-waktu petang beginilah dimanfaatkan untuk berkumpul sekeluarga kerana
semua ahli keluarga ada di rumah.
“Dah siap goreng tu?” Tanya ibunya, Puan Suraya.
Aishah melihat gorengannya.
“Belum bu”
“Eh ini sahaja! kenapa lembab sangat! Mengoreng pun hendak ambil
masa berjam-jam”
“Sorry bu. Kepala ni rasa berat” beritahu Aishah. Hari ini
dia rasa kurang sihat.
“Huh! Balik-balik sakit kepala. Kelmarin sakit kepala, hari ini
sakit kepala, lepastu esok pun sakit kepala. Apa tidaknya terlampau ikutkan
rasa hati tu, tak cergas!”
Aishah merenung wajah ibunya dengan sayu. Tak ingin sebenarnya dia
menanggung sakit kepalanya ini tetapi apa boleh buat kalau sudah diberi
penyakit tersebut. Cuma orang tak faham dengan penderitaannya. Kepalanya rasa
bagai hendak pecah. Dahlah sakit kepala tak tahu nak baik, sekarang pinggangnya
pula sakit.
“Adik! Adik! Tolong gantikan akak goreng ni”
“Adik! Adik!” namun adiknya belum juga kelihatan.
“Adik! Cepat keluar!” tiba-tiba api kemarahan Aishah menyala. Apa
tidaknya dalam keadaanya yang menanggung kesakitan tiada seorang pun mahu
memahaminya.
“Apa jerit-jerit ni. Hei pemalas betul!” marah ibunya.
“Ibu ni... Aishah betul-betul sakit kepala bu! Aishah tak minta
sakit ni. Aishah tak kisah! Aishah nak berehat. Nak pecah rasa kepala ni. Adik!
Adik!”
“Hei melawan!” Ibunya melayangkan tapak tangannya dekat dengan
pipi Aishah. Aishah menutup matanya. Sedia untuk ditampar.
“Tamparlah bu” bisiknya dalam hati.
“Apa kak?” tanya adiknya, Airhah, dengan kasar dan berwajah
murung.
“Tolong ganti akak goreng ni. Jangan tahu berkurung dalam bilik
sahaja. Aku tampar muka kau karang” jawab Aishah dengan geram lalu meninggalkan
adiknya.
“Ewah-ewah mengada-ngada nak menampar orang” Dia tidak mempedulikan
kata-kata ibunya. Dia berlari ke biliknya dan melompat ke katil empuknya lalu
menangis semahu-mahunya.
Matanya merenung tajam pasu kaca berisi dua tangkai bunga ros
pemberian Syafiq kepadanya lalu digapainya pasu tersebut dan dilontarnya. Fikirannya
terganggu.
“Apa salah Aishah?” dia merintih dalam tangisannya. Kepalanya yang
sedia sakit bertambah sakit lagi kerana air mata yang banyak keluar membasahi
wajah manisnya. Tapi sayang wajah manis itu tidak semanis yang sewajarnya.
Wajah manis itu penuh duka dan kesedihan.
“Ahh” Aishah kesakitan lalu memegang pingang kanannya apabila
ingin berpaling. Pingangnya bertambah sakit. Tangisannya semakin menjadi-jadi.
Tangisan sakit kepala, sakit pinggang dan sakit hati. Akhirnya dia terlena
dengan tangisannya itu.
“Allah!” Aishah terjaga dari tidurnya tadi. Dia memicit kepalanya
yang masih sakit. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Gelap. Digapainya telefon
bimbit yang tidak jauh dari katilnya itu. 1.30 pagi.
Tubuhnya masih lagi dengan pakaiannya tadi petang. Dia tidak
bercadang untuk mandi mahupun menukar pakaiannya. Dia malas untuk bangun. Dia
rasa begitu lemah sekali.
“Bukan ada yang nak peluk aku pun kalau aku tak mandi” sempat dia
bergurau sendiri.
***
“Bangun! Bangun! Matahari dah terpacak atas kepala tu!” laung Puan
Suraya sambil membuka tingkap bilik Aishah. Cahaya matahari masuk menembusi
bilik dan menganggu tidur Aishah yang lena.
Aishah masih lagi mengantuk dan tidak cepat-cepat bangun kerana
batu yang besar ditanggungnya di kepala membataskan pengerakannya. Tiada
perubahan. Dia sendiri tidak tahu apakah penyakitnya sebenarnya.
“Bila lagi nak bangun? Anak dara tak baik bangun akhir…rezeki tak
masuk!” suara ibunya sudah meninggi. Dengan langkah malas dia bangun dan
mengambil tualanya lalu masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri dengan
berharap sakit kepalanya akan hilang selepas disiram dengan air sejuk.
Selesai mandi dan berpakaian, dia keluar kebilik tamu. Dia duduk
tidak jauh dari ayahnya.
“Ayah tak kerja?”
“Tak. Ayah cuti. Mengapa wajah nampak pucat ni?”
“Aishah sakit kepala” jawabnya jujur.
“Dah makan Panadol?” Aishah hanya mengangguk.
“Ayah tengok sakit kepala Aishah ni macam tiap hari. Dah bawa jumpa
doktor?”
Aishah tersenyum bahagia. Rupanya ada yang perihatin terhadap
dirinya. “Belum. Esok lusa baik lah tu”
“Ya… sakit pemalas namanya tu” sampuk ibunya.
Assalam. Maaf saya baru reply komen saudara di blog saya. Maaf lambat. TQ~
BalasPadam