“Aishah! Kau memang anak tak berguna! Sial!”
Penghinaan tersebut bagai masih jelas kedengaran di corong telinga
Aishah. “Mengapa aku dilontarkan dengan kata-kata kesat? Hina sangat kah
diriku? Mengapa aku yang dihina? Mengapa aku tidak boleh merasa kebahagiaan?
Kenapa? Kenapa?” Aishah menangis teresak-esak kerana tidak tahan dengan semua
cobaan yang datang bertubi-tubi.
“Mengapa seorang ibu sanggup mengatakan anaknya begitu?” tanyanya
pada diri sendiri.
“Apa aku ini tidak sama dengan orang lain? Aku juga manusia. Aku
juga punya kekurangan. Aku tidak mampu selamanya memuaskan hati orang lain
kerana aku tahu tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini. Tapi mengapa tiada seorang
pun yang faham tentang itu apabila berhadapan dengan aku?”
Hatinya pilu, sedih, dan sebagainya entah dia sendiri pun tidak
tahu hendak mentafsirkan perasaanya ketika itu sebagai apa. Hanya kerana dia
terlepas gelas dari tangannya dan mengotorkan permaidani bilik tamu, dia
disumpah sial oleh ibu kandungnya sendiri. “Besar sangatkah kesilapanku? Demi
Allah aku tidak sengaja. Mana mungkin aku ingin mengotor rumahku sendiri.
Mengapa aku dilayan seperti anak tiri sedangkan aku lahir dari rahim ibu yang
sah. Aku punya bapa yang sah. Mengapa? Mengapa? Tiada yang dapat menjawab
pertanyaanku”
“Aishah! Aishah” lamunanya terhenti apabila namanya dipanggil oleh
seseorang.
“Eh Syuhada kau dari mana?”
“Dari kedai hujung tu. Kau melamun apa? Kahwin dengan anak raja
kah?” usik Syuhada.
“Eh kau ni ke situ pula. Aku tengah fikir nak cari kerja”
“Kerja? Kita kan baru habis sekolah. Puas-puas dahulu berehat,
kemudian sambung belajar kat uni”
Dia tersenyum mendengar kata-kata Syuhada. “Sorrylah kawan
aku tipu kau. Aku bukan cari kerja betul-betul. Aku juga nak masuk universiti. Cuma
ada atau tidak rezeki aku ini? Ahh…Mulalah kepala aku rasa nak pecah memikirkan
nasib aku. Nak kata migraine mungkin juga tapi mungkin tidak. Aku pun
tak tahu sebab aku tak ada ilmu perubatan, yang aku tahu mendefinisikannya
hanya sebagai sakit kepala.
Nak kata hidup aku ni miskin tidak juga, cuma tidak mencukupi
pembelanjaan untuk membeli telefon teramat canggih, baju dan kasut tinggi yang
mahal. Tetapi itu bukan satu masaalh yang amat besar. Aku pasti semua orang
mempunyai pasang surutnya dalam kehidupan sehari-hari. Hari ini mewah, esok
lusa pula susah dan begitulah sebaliknya. Namanya kehidupan. Tapi banyak orang
cakap aku seorang yang membawa sial. Selalu membawa malang. Betulkah? Mereka
kata betul sebab banyak kali juga malang dan perkara buruk terjadi bila aku
ada. Tapi bagi aku, bukan aku penyebabnya tetapi Allah ingin menduga.
Entahlah….aku pun tak tahu nak cakap apa. Kekadang otak aku rasa tak betul, aku
setuju dengan kata-kata mereka, memang aku pembawa malang, segala yang tak
baik. Huh! tapi bila orang kata aku macam tu, hati ni sedih sangat. Air mata ni
pula tak akan berhenti hendak mengalir. Hati ni sayu. Siapalah yang tidak
terguris hati kalau dihina? Adakah yang boleh selamba lagi?” tuturnya di dalam
hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan