thanks for the visit :)

5.15.2012

Lambaian Cinta Firdaus - bab 3


Kedatangan Firdaus dan Doktor Leena disambut dingin oleh kedua-dua kakak Firdaus, iaitu Umairah dan Basirah. Umairah yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah kerajaan di daerah mereka memang tidak menyukai Doktor Leena kerana dia sudah muak dengan perangai Doktor Leena dari zaman persekolahan dahulu. Cuma adik lelakinya itu sahaja buta mata dan buta hati untuk menilai. Sikap kurang ajar Doktor Leena itu membuatkan dia membenci Doktor Leena. Tambahan lagi Doktor Leena pernah membuat ibu saudara mereka iaitu seorang cikgu tua di sekolah mereka sedih hingga menangis.
 Menurut ibu saudara mereka, Doktor Leena pernah melawan dan menuturkan kata-kata kesat dan kasar kepadanya hanya kerana tidak mahu membuat kerja sekolah. Sejak kejadiaan tersebut, ibu saudaranya melarang Doktor Leena untuk mengikuti sesi pengajarannya. Namun Doktor Leena tidak pernah endah dan mempedulinya. “Tidak ada sekelumit kah perasaan malu pada dirinya?” Umairah tertanya-tanya. Ketika itu Firdaus mengetahui apa yang dilakukan oleh Doktor Leena kepada ibu saudara mereka tetapi Firdaus masih berdegil untuk berkasih dengan perempuan kurang ajar itu.
Umairah berasa hairan, sebelumnya adik lelakinya itu menaruh hati kepada Nadia Lee, seorang gadis mu`alaf,  yang memang menjadi kegilaan ramai penuntut lelaki suatu ketika dahulu. Nadia Lee memang seorang yang cantik mungkin kerana darah cina yang mengalir pada dirinya itu. Dia mempunyai mata yang sepet, kulit putih melepak dan pemalu orangnya. Bahkan dia dapat melihat Nadia Lee memberi respon yang positif  kepada adiknya tetapi mengapa Doktor Leena yang adiknya pilih? Nadia Lee jauh lebih cantik daripada Doktor Leena.
Ada juga dia terdengar tanpa sengaja dari mulut penuntut-penuntut sekolahnya bahawa ayah Doktor Leena ini orang yang pandai berilmu hitam. Mungkinkah Doktor Leena juga mempunyai kepandaian akan ilmu tersebut sehingga mengguna-gunakan adiknya? Ahh… nasibnya sahaja baik kerana menjadi seorang doktor sekarang.
“Kak Mairah...kak Mairah apa yang kak fikirkan tu?”  tegur Basirah
“Mereka di mana?” kata Umairah selepas tersedar dari lamunannya.
“Kat bilik tamu”
Umairah terduduk di sofa dan memegang kepalanya yang terasa berdenyut.
“Kak kita nak buat macam mana ni?
“Akak pun tak tahu. Kalau kita nak halau perempuan tu sekarang tak sopan pula. Tak baik buat tetamu macam tu. Nanti Firdaus yang malu” Umairah bangkit semula dari duduknya. Dia kekiri dan kekanan tetapi fikirannya buntu.
“Perempuan macam tu tak payah nak jaga hati dia kak. Firdaus belum tahu siapa perempuan tu sebenarnya. Kalau mama tahu lagi mama tak suka”
“Jangan beritahu mama. Biar kita sahaja yang uruskan. Nanti mama kecewa”
Lima minit. Sepuluh minit. Setengah jam. Sejam. Firdaus dan Doktor Leena masih di bilik tamu. Dia dapat mendengar senda gurauan adiknya dengan kekasihnya. Pedih sungguh hatinya mendengar.
“Irah risaukan Firdaus” tutur Basirah.
“Kita tak dapat nak tegur Firdaus”
“Kakak tahu!” Umairah akhirnya menitiskan air mata.
Firdaus memimpin tangan kekasihnya keluar dari bilik tamu. Kedua pasangan itu berhenti di hadapan mereka berdua.
“Sayang pergi dulu” arah Firdaus sambil tersenyum manis.
Doktor Leena berlalu dan sempat menjeling sinis kepada Umairah dan Basirah. Manakala Firdaus tidak merasa apa-apa cacat cela dengan jelingan sinis tersebut terhadap kedua orang kakak kandungnya. Basirah membalas jelingan tersebut. Benci betul dia melihatnya. Mengada-ngada. Tak ada maruah langsung!
“Akak tak tahu nak layan tetamu?” perli Firdaus.
“Masya-Allah! Kau ni memang nak penampar Firdaus. Kau ni memang tidak berguna jadi doktor, tidak ada sifat sopan santun!” jerit Basirah.
“Tahu tak apa yang kau lakukan itu berdosa?” Basirah sudah mula membasuh otak Firdaus. Dia yang merupakan mahasiswi di dalam jurusan Syariah memang menitik berat batasan di dalam pergaulan dan tingkah laku.
Manakala Umairah yang berhati lembut berbanding Basirah sudah diam membisu. Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanya air mata yang mengalir sudah cukup memberitahu perasaannya ketika itu. Sedih. Kecewa.
“Kan akak dah beritahu berkali-kali jangan berkawan dengan dia. She is a playgirl. Tak ada sifat sopan santun. Firdaus lupa apa yang dia dah lakukan pada mak angah dulu?”
“Kak past is past. Everyone change
If change pada yang bagus tak apa. Tapi mata akak jadi saksi. Dia tu bukan perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Kalau dia bagus sangat kenapa keluar dari rumah ini tanpa mengucap salam?”
“Akak jangan nak perli Leena!” bantah Firdaus. Kasihan rasanya apabila semua orang memperburukkan kekasihnya itu.
“Ha ha ha pergilah kau bela kekasih kau tak sedar diri tu. Dibelakang kau dia keluar dengan orang lain kau masih nak simpan dia…ahhh esok-esok kamu nak buat apa buat lah tapi jangan harap aku hendak setuju kalau kamu berdua kahwin!” jerit Basirah geram. Biar Doktor Leena mendengarnya.
“Huh!” Firdaus mendengus lalu meninggalkan kedua kakaknya. Malas hendak menjawab, yang penting dia dan Doktor Leena bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan